Wednesday, May 20, 2009

Dimana bahasa Bangsaku di Negeriku????

Malaysia..suatu ketika dahulu namanya Tanah Melayu adalah tanah tempat bagi penduduk Melayu yang bertutur dalam Bahasa Melayu terkenal sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan zaman kegemilangan nya serta terkenal dengan Pahlawan Hang Tuah lima sekawannya menyamai dengan "Robin Hood" dan "Three musketeer"...... Bahasa Melayu juga telah terkenal diseluruh dunia.


....kemudian Tanah Melayu menjadi Persekutuan Tanah Melayu....namun kini yang hanya tinggal Melayunya adalah keretapi Tanah Melayu. Dengan beberapa siri penjajahan oleh Portugis, Belanda dan juga Inggeris....bahasa Melayu masih lagi diguna dengan meluas.

Namun akibat dari sistem pendidikan selepas merdeka dimana pendidikan peringkat Universiti pada masa sebelum 70'an adalah didominasi oleh Universiti Malaya..mungkin juga Universiti Singapore..dan sedikit ITM...maka kebanyakkan cerdikpandai dan semestinya mewakili peringkat tertinggi kerajaan dan dikebanyakkan Syarikat-syarikat gergasi dan GLC ... dan juga segelintir ahli politik atasan masa kini belajar dengan/dalam bahasa Inggeris...ditambah lagi dengan lanjutan keperingkat tertinggi .Masters dan PHd kebanyakkannya di UK dan USA dimana bahasa pengantarnya tentunya bahasa Inggeris..maka..mereka ini merasakan tidak perlu belajar dalam bahasa Melayu.


Ditambah dengan globalisasi dalam politik, perniagaan dan komunikasi..maka mereka ini hanya ingin berbicara dalam bahasa Inggeris sahaja..tanpa mengindahkan masa depan Bahasa, Bangsa dan kedudukan anak-anak cucu mereka dan juga Negara Melayu tanahair anak cucu mereka.


Mereka menggunakan hampir kesemuanya dari barat..dari segi 'design' rumahnya, keretanya, barangan hiasan dalaman rumahnya, ...dan lupa akan bahasa dan bangsanya untuk diwarisi oleh anak cucu mereka.


Mereka setengahnya langsung tidak ingin mengetahui adat istiadat, budaya, seni dan tradisi adat dan adab hidup yang sempat mereka warisi daripada datuk nenek dan emak ayah mereka, dan anak cucu mereka langsung tidak berpeluang merasa bagaimana adat resmi, istiadat kehidupan bangsa Melayu dikampung..... generasi yang lahir dari masyarakat ini akan lupa adat adab istiadat Melayu.





No comments:

Post a Comment