Thursday, July 23, 2009

HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA DAN KEBESARAN TUHAN!!!!


Fosil tulang Dinasour


Fosil tapak kaki Dinasour

Fosil Kerang(silurian)





Fosil Pokok kayu...kayu pun bolih jadi fosil!!






Fosil tulang dinasour




Spesis yang sama zaman Cambrian(Era Paleozoik) berusia 450 juta tahun bolih ditemui di Pulau Tarutau, utara Langkawi




HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA DAN KEBESARAN TUHAN!!!!

Tuhan telah jadikan dunia ni sejak..kalau nak ikut Quran .."tuhan telah mencipta dunia(bumi) ini selama enam masa(6)..kalau dalam kajian Geologi ..bumi ini telah wujud sejak 600 juta tahun...jadi .. 6 masa yang dimaksudkan dalam Quran tu..samalah dengan 600 juta tahun...satu masa bersamaan dengan 100 juta tahun...!!!!


Manusia sebenarnya tidak mengetahui apa2 mengenai kehidupan yang telah tuhan ciptakan selama 600 juta tahun..tetapi dalam Quran tuhan telah menceritakan tentang kehidupan manusia sejak zaman nabi Adam...dan tidak sebelum itu...!!! manusia hanya telah Tuhan campakkan kedalam dunia(bumi) ini baru/tidak lebih dari 3 juta tahun...jadi bahasa ustaz dimasjid tu.....yg mengatakan manusia hidup dibumi ini hanyalah bagai hujung kuku sahaja..hampir benar..... 2/600,000,000 tahun sahaja...atau... 0.000,000,000,03.333 tahun sahaja.....!!! begitulah pendeknya kehidupan manusia diatas bumi ini...sejak zaman nabi adam lagi...... jadi siapa atau apa yang tuhan hidupkan dibumi ini sebelum manusia ini.. sejak sebegitu lamanya tanpa manusia...?????


Dalam Quran tuhan ada menyatakan sekiranya kamu mahu mengetahui sesuatu perkara maka tanyalah kepada ahlinya..... pakar Geologi...atau lebih dekat lagi pakar Paleontologi......ahli geologi yang menkaji sejarah hidupan didunia.....???? Jangan pula kita hendak membangkang bagaimana mereka mengetahuinya..... belajarlah geologi atau jadilah ahli paleontologi dahulu.....!!!

Ahli Geologi telah membuat kajian dan telah mengesahkan bahawa bumi ini telah ujud sejak 600 juta tahun dahulu.....dan dari kajian mereka.... bumi ini telah pun dua(2) kali mengalami kiamat hidupan..iaitu Era/Zaman Paleozoik..dari 600 juta tahun hingga 300 juta tahun....kiamat pertama.... siapakah yang hidup dizaman Paleozoik......kebanyakkannya adalah beribu2 spesis jenis siput dan kerang. Kenapa pula tuhan mahu matikan/kiamatkan hidupan ini..????Walaubagaimanapun, bagi mengesahkan bahawa zaman tersebut hanya siput dan kerang..maka tuhan teruskan beberapa spesis siput dan kerang ini sehingga kehari ini....sebagaimana dalam Quran....."..sesungguhnya untuk petunjuk bagi manusia zaman akan datang.."


..Selepas kiamat pertama..... Ahli geologi menamakan zaman kehidupan Mesozoik pula. Ahli geologi membahagikanya kepada zaman(Triassic..Jurassic..Cretasic)..tapi kita lebih tahu tentang Jurassic..pasal ada felim Jurassic park...!!!......dimana haiwan reptilia..atau lebih terkenal sebagai Dinasour....bermula dari 300 juta tahun sehingga 150 juta tahun....Tuhan hidupkan pula berbagai spesis dinasour...dan akhirnya tuhan matikan kebanyakkannya..dan serupa seperti zaman Paleozoik..tuhan hidupkan beberapa spesis dinasour ini hingga kehari ini..seperti badak, gajah...bagi petunjuk umat manusia dimasa akan datang....!!!!!..juga soalannya..kenapa tuhan matikan mereka ini.....????Dari 150 juta tahun hingga kehari ini...zaman Proterozoik..... pula berbagai spesis pula tuhan jadikan...kebanyakkannya mamalia..dan akhirnya manusia dipenghujungnya...kurang dari 3 juta tahun.......dan kenapa manusia..????..dan kini kita sedang menunggu kiamat hidupan kali ketiga......dan kiamat akhirnya dunia....!!!!

Satu lagi kebesaran tuhan..adalah hidupan ini walaupun telah mati masih lagi bolih dikesan kewujudannya sebagai fosil didalam batu......!!!! Fosil inilah yang dikaji oleh ahli paleontologi...!

Ada setengah spesis tuhan hidupkan sehingga 400 -600 juta tahun..dan ada spesis tuhan hidupkan cuma beberapa juta tahun sahaja...biasanya dalam lingkungan 10 juta tahun...dan ahli paleontologi menggunakan spesis hidup pendek ini sebagai fosil indek..bagi menentukan tahunnya batuan dimana fosil tersebut dijumpai. Begitulah kebesaran tuhan bagi mengajar manusia tentang kehidupan.....!!!


Apabila manusia tuhan jadikan pula.....dari zaman nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad....tuhan telah menurunkan beberapa Nabi dan Rasul dengan wahyu dan 4 kitab..Taurat, Zabur, Injil dan Quran.... semuanya bagi memberitahu manusia agar mengikut peraturan dan undang-undang untuk hidup diatas dunia ini....semua cerita-cerita mengenai manusia dan sejarah kehidupan manusia sejak zaman nabi Adam telah tuhan ceritakan dalam kitab-kitab tersebut.

Kalau tidak kerana adanya kitab-kitab tersebut..mungkin kita tidak tahu tentang sejarah manusia ini.... Tidak kiralah mereka berugama apa...zaman dahulu.. manusia tidak tahu menulis dan membaca.....sampai zaman bilakah manusia baru tahu membaca dan menulis...???? 2,000 atau 4,000 tahun dahulu????....zaman nabi Ibrahim?..zaman nabi Daud??...Bukankah kitab-kitab ini yang menjadi panduan hidup manusia tak kira ugama apa mereka anuti......????

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN KITA??? DIMANA BANGSAKU.???

Dunia sekarang sedang mengalami krisis ekonomi akibat keangkuhan Amerika dan balatenteranya yang merosakkan dunia..terutama dunia dan negara Islam....Iraq, Palestin, Afghanistan...!!

Negara kita pula ashik bertukar pemimpin...dari no satu..hingga menteri kabinet, menteri besar, ahli-ahli politik.....dan beberapa telah berganti kepada kerajaan Pakatan Rakyat(sekarang tak bolih lagipanggil pembangkang..kerana kat Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Kelantan ditadbir olih Pakatan Rakyat).
Bak kata pepatah...Sekali air Bah...sekali pasir berubah......!!!
Polisi PM baru, Menteri Baru, Ketua Menteri Baru, menteri2 baru...semua yg berkuasa baru..semua nak tunjuk dia tak sama dengan yang terdahulu...mesti ubah......kenapa tidak ada polisi yang tetap untuk negara ke....untuk kementerian ke... untuk negeri ke....untuk kawasan ke...kenapa mesti berubah....?????..... masing2 nak tunjuk terer ker...atau lain dari yang terdahulu..takut orang cakap takde perubahan....
Kalau macam ini le...sampai bila negara nak maju...masing2 bukan merancang untuk negara, bangsa..masing2 nak tunjuk terer jer....???
Agak nye lah...ini disebabkan kebanyakkan orang politik Malaysia ni..semua dah kaya raya .... dah tak nak paham bahawa 80 peratus penduduk Malaysia adalah penduduk luar bandar...yang kejenye dalam pertanian..kelapa sawit, getah, padi....... yang pendapatan tak seberapa....takde langsung dalam pelan perancangan negara atau kementerian nak menaik taraf sektor pertanian.......yang paling difikirkan..macamana nak bagi indeks BSKL kekal paras 1,000 mata lebih..buat le yang sepatutnya....."pam le duit berbilion kat sana agar bolih tunjuk kat dunia ekonomi Malaysia masih bolih bertahan...... Bagi insentif kepada pelabur luar agar FDI terus datang...walaupun yang akan bekerja kat kilang diorang nanti adalah rakyat Bangla, Indonesia, Vietnam, Myanmar......
Langsung tak perasan bahawa rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan bantuan untuk berniaga ..nak makan hari2 pun tak cukup.. minyak naik, teksi naik., barang hari2 naik, tambang bas sekolah naik.... tak ada usaha nak meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan yang berterusan diminta menyokong parti2 berkenaan..... sehingga kehari ini..... Polisi Pak Lah yang nak membangunkan industri pertanian dan penduduk luar bandar ...entah kemana...!!!!!!!!! MECD pun dah tutup kedai.
Segregasi jurang pendapatan antara penduduk luar bandar....juga antara Melayu dan lain-lain bangsa semakin meluas dan jauh......kerana kebanyakkan orang Melayu bekerja dengan kerajaan..atau pertanian diluarbandar..... maklomlah nak tukar perniagaan bukan senang....
Orang Cina dengan perniagaan dan perkilangan yang sudah tentu meningkat mendadak sejak 20 tahun lalu.....sekarang ..... " ALL NEW TOWN IS CHINA TOWN...", tak ade orang Melayu yang mampu beli kedai atau rumah kedai...ade le sekerat dua..... nak tunjuk rekod syarikat kat bank pun... bank ...latarbelakang pertanian ..bank pon tak nak bagi..... wujudkan UDA konon nak tambah ekuiti Melayu untuk aset perniagaan ....habis dibelasah oleh lanun-lanun........
Perkapita penduduk Melayu yang dalam kerajaan dan luarbandar pun jauh bezanya....lebih jauh kalau nak dibandingkan dengan di Thailand, Korea, Jepun...Sebenarnya..kalau kita lihat di negara barat, terutamanya negara Mediterranean..bukannye pertanian tak bolih maju....kat sana masih lagi 60-80 % kawasan adalah dengan projek pertanian dengan landskapnya juga amat menarik. SEKTOR TERSEBUT DIBERIKAN KEPENTINGAN DALAM PERUNTUKAN DAN PELAN PERANCANGAN EKONOMI..bertujuan untuk menaik taraf dan pendapatan ekonomi dalam sektor pertanian..... sama pentingnya dengan sektor lain.
Kalau asik nak nengok indeks BSKL, FDI...kalau FDI untuk bagi puak Indon, Bangla, Vietnam, Myanmar bekerja kat sini..bawa balik duit berbilion kat negara masing2...tak payah la panggil FDI datang kat sini .....!!!! panggillah FDI yang bolih membantu orang kita...penduduk Malaysia yang hari2 nak makan... sekarang susah payah dengan keadaan ekonomi sekarang ni...... tak nampak ker...buta ker.....????
Saya rasa tak ada negara dalam dunia yang ada "ALONG" macam Malaysia ni...... dahlah bank payah nak bagi pinjaman..Along pula ..katanya disokong oleh beberapa individu politik.....sebab tu Pinjaman Along ni diletak dibawah Majlis Tempatan...senang orang politik nak dapat sponsor dari tokey along ni??? patutnye letak le dibawah BANK NEGARA...sebab ianya berkaitan dengan kewangan..pinjam, meminjam..... mane le dulu2 ade pinjaman dengan kadar 20 hingga 30 peratus sebulan...... patutnye..kalau buat juga..ada bukti.....senang je..guna le ISA..!!!! .masa ni le nak guna ISA..kerana merosakkan masyarakat dan negara.......... kenapa masih nak mempertahankan ALONG...
Susah sangat ker nak tangkap Along ni...amik je no telepon diorang yang bertaboran kat jalan, tiang tetefon, pokok. tembok, ..panggil satu-sau..kalau ada bukti..masuk je dalam penjara. 2 -3 bulan!!!!....kalau tak kat Sg Buloh, Kemunting pon takpe..... kalau dia buat lagi...... penjarakan 2-3 tahun..baru le diorang nak sedar.....!!!