Monday, August 9, 2010

"Catatan Sejarah Kejatuhan Melaka"- Kemakmuran Melaka, hidup bermewah2 Sultan dan golongan bangsawan, fitnah, angkuh, kezaliman, kenaikan cukai,


The policy of war and conquest initiated by Muzaffar Shah and Mansur Shah was a fatal one to a trading port like Melaka; it turned the Malays into a sort of military aristocracy living on the trade of the foreign settlers in their city.

Trade is not, however, killed in a day. The foreign merchants from India and China, though they continued to frequent the harbour of Malacca, began to look upon the Sultan and his people as a burden on the town-as indeed they were. The Sultan needed money for his pleasures, his followers, and his wars; he increased his exactions from year to year.


But for the coming of the Portuguese the late of Malacca would ultimately have been the the same as that of Pasai, Samudra, Perlak and the other trading ports that enjoyed at various time as temporary spell of prosperity as emporia in the eastern seas. Even as it was, Albuquerqe found the foreign settlers in the city perfectly willing to rise in revolt against their Malays masters.

Sultan Mansur Shah was succeeded by his son, Raja Hussain, who took the name of Aleidin Riayat Shah. This Prince is said by the Portuguese to have been poisoned at the instigation of the rulers of Pahang and Indragiri. He was succeeded by his son, Sultan Mahmud, the last Kings of Malacca. Sultan Mahmud Shah seems to have been a weak ruler, who gave himself up to his pleasures and ultimately delegates all his powers to his son, the Prince Alaeidin, whom he raised to sovereign rank under the name of Ahmad Shah.


The most important event in his reign-apart from the Portuguese conquest-was the mysterious revolution of A.D. 1510. in which the most powerful chief in Malacca, the Bendahara Sri Maharaja, lost his life.


This event is mentioned by Albuquerque and is described with great vividness by the author of the "Malay Annals" who, being a member of the Bendahara's family, was extremely anxious to represent his great ancestor's case in the best possible light. According to his story, one of the great ministers of state was induced by a very heavy bribe to bring a false charge of treason against the Bendahara- "for there is truth in the saying" Gold, thou are not God, yet art thou the Almighty"- and the Sultan was tempted by an illicit passion for the Bendahara's daughter into consenting to his minister's death. "Love knows limitation and Passion no considerations." It is probable that the great minister was only overthrown after a severe conflict in which most of his relatives were slain. But that is not the account given us in the "Malay Annals". The proud chief is said to have consented to glory of the Malays that is ever faithful to his ruler."


Written by …… Richard James Wilkinson, 1902 - Papers on Malay subjects


Nampak gayanye Cerita sejarah mengenai kejatuhan Melaka ini hampir sama dengan kronologi sejarah yang berlaku di negara kita sekarang ini dan yang mungkin akan berlaku sedikit masa lagi…???


Catatan sejarah ini sengaja dituliskan kembali agar ianya menjadi pengajaran dan diharap akan menjadi iktibar kepada para pemimpin dan gulungan yang menganggap diri mereka sebagai gulungan pemerintah.


Untuk pengetahuanTan Sri/ dato'/ tuan-tuan/puan-puan yang sayangkan negara ini agar ianya tidak ditimpa musibah dan ditimpa kejatuhan sebagaimana jatuhnya kerajaan Melayu Melaka sebagaimana yang diceritakan oleh Richard James Wilkinson , 1908- Papers on Malay Subject .


Ingatlah bahawa terdapat ayat didalam Quran yang menyatakan…

." Sesungguhnya sekiranya Tuhan mahu menguji atau ingin nmenjatuhkan sesuatu kaum/Bangsa, maka Tuhan akan menguji Gulungan Bangsawannya"….. Gulungan bangsawan yang dimaksudkan adalah Gulungan Pemimpin sesuatun kaum tersebut.


Pada zaman dahulu, gulungan bangsawan yang dimaksudkan adalah Raja/Sultan dan gulungan kerabat dan orang Istananya yang menguruskan negeri atau kerajaannya, tapi pada zaman sekarang ianya ditujukan adalah Gulungan pemimpin kerajaan dan orang Politik yang mempunyai kuasa memerintah dan yang memerintah negaranya. Sesunguhnya golongan pemerintah mempunyai tugas yang diamanahkan bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut agar memerintah Negara dan rakyat dengan adil dan saksama, jujur dan amanah. Itu adalah tanggungjawab yang amat besar dan berat.Dalam Quran ada ayat yang menyebut ……."Sesungguhnya Tuhan Maha tahu tentang apa yang kamu lakukan."


Barang siapa yang mungkin tidak tahu akan kesinambungan sejarah Kesultanan Melayu Melaka setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, berikut dibawah di catatkan, dimana Kesultanan Melayu Johor, Perak dan Pahang adalah kesinambungan dari Kesultanan Melayu Melaka. Maklumat lanjut mengenai Kesultanan Melayu dan Kerajaan Melayu Melaka bolehlah lawat laman web…. http://www.melakainpicture.blogspot.com



Sebenarnya,dikatakan jika sekiranya dari segi sejarah, sepatutnya Sultan Muhammad Shah yang sepatutnya menjadi Sultan Melaka dari antara ketiga-tiga anak Sultan Mansur Shah, tetapi disebabkan oleh satu kes pembunuhan yang melibatkan beliau, maka beliau telah dihantar ke Pahang dan menjadi Sultan Pahang Pertama. Tempatnya digantikan oleh Sultan Aleidin Riayat Shah yang memerintah dalam masa yang pendek yang mana beliau akhirnya mati diracun oleh kerana terlalu baiknya yang menjalankan kerajaan ibarat Saidina Umar Al-khatab. Makamnya terletak di Kg Raja, Muar, Johor dan tempatnya diambil oleh anaknya Sultan Mahmud Shah 1, Sultan Melaka yang terakhir……..sebelumnya disambungkan ke Pahang, Johor dan Perak oleh anak-anak beliau……

……..Satu soalan juga disini, Makam ini adalah antara satu-satunya makam Sultan Melaka-Melayu yang agak besar juga namanya yang ditemui, namun, tidak adakah usaha untuk memertabatkan makamnya dan diberi peruntukan bagi membina satu makam Sultan bangsa Melayu yang wujud agar ianya betul-betul kelihatan sebagai makam Sultan Melayu/Melaka yang boleh dibanggakan oleh bangsa Melayu.?????

Sedangkan Makam-makam Sultan Melayu Melaka yang lain telah tidak dapat ditemui…???


Lihat catatan diblog dibawah

http://melakainpicture.blogspot.com/2009/04/makam-sultan-alauddin-riayat-syah-di.html

Kemungkinan juga sekiranya Sultan Muhammad Shah yang menjadi Sultan Melaka ,kemungkinan Melaka tidak akan ditimpa musibah.Disebabkan juga oleh kesejahteraan dan kemakmuran Melaka, Sultan dan kerabat serta pemerintah telah merasakan nikmat kemewahan yang agak melimpah ruah, dan rasa tamak dan bongkak telah mula meresap didalam setiap Sultan dan kerabat dan , para golongan bangsawan dan pegawai istana mula merasakan bahawa mereka layak mendapat lebih dan mula menaikkan cukai kepada peniaga dan rakyat juga merasakan beban cukai tersebut.


Inilah juga yang berlaku dalam negara kita sekarang, setelah pemimpin terdahulu berjaya membangunkan negara sehingga menjadi negara yang kaya-raya , makmur dan sejahtera, maka peminpin baru yang mengambilalih telah menikmati kemewahan yang tidak terhingga, hampir kesemua pemimpin tertinggi(…..zaman dahulunya adalah Sultan/Raja dan orang istana dan golongan bnagsawan) telah pun dikira jutawan hampir kesemuanya. Namun kerana rasa tamak dan kuasa politiknya menggunakan sewenang2nya kuasa mereka tanpa mengambilkira kesusahan yang dirasai oleh peniaga dan rakyat jelata, dengan sewenang2nya menaikkan cukai, mengenakan tekanan kepada peniaga dan rakyat, bukan lagi memerintah untuk kesejahteraan rakyat jelata yang hidup dalam serba-serbi kesusahan. Pernahkah mereka memikirkan bahawa kenaikan harga sebanyak RM0.20 sen akan membebankan para penoreh getah dan penanam kelapa sawit, yang biasanya mempunyai anak-anak yang ramai.


Para pemimpin hari ini kebanyakkannya hidup dalam kemewahan, hampir semua bergelar jutawan dengan mendapat projek/kontrak kerajaan jutaan ringgit, yang mana kebanyakkan orang kampung tidak tahu langsung dan tidak paham dari mana para pemimpin mereka dapat duit dan menjadi jutawan. Kalau harapkan gaji dan elaun sahaja takkan mereka boleh bermewah2.???


Rakyat atau bangsa mereka sendiri pun yang tidak menyokong mereka, akan juga dihukum dengan tidak mendapat bantuan dan sokongan dalam segala hal dan serba serbi. Rakyat lain juga dibebankan dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan. Alasannya faktor inflasi tidak dapat dielakkan. Kenaikan harga minyak dan lain-lain, Padahal oleh kerana keberkatan doa pemimpin dahulu serta rakyatlah Tuhan memberikan kemakmuran dan minyak dan gas kepada negara kita. Sesungguhnya rakyat ada hak terhadap kekayaan negara.


Dalam Quran Tuhan ada menyebut…."SESUNGGUHNYA ORANG MISKIN ADA HAK TERHADAP HARTA ORANG KAYA…." sebab itu jugalah zakat diadakan… Jadi kalau negara kita kaya, rakyat juga ingin memikmati kemakmuran negara mereka, samalah kalau anak orang kaya, mestilah ingin merasakan kemewahan yang dipunyai oleh orang tua mereka. Takkan nak samakan dengan anak orang miskin..????


Sesungguhnya pemimpin sekarang telah jauh menyimpang dari amanah dan tugas untuk membangunkan bangsa dan negara. Bila menang saja pilihanraya, bukan pikir nak memakmurkan negara dan rakyat, tapi semakin rakus mengejar projek dan merkayakan diri masing-masing. Berlumba-lumba mencari kemewahan. Dan sesiapa yang tidak menyokong mereka, tidak kira bangsa mereka sendiri pun,…… ada yang mengeluarkan ayat ….. Biar mereka mampos, jangan tolong mereka kerana mereka tidak sokong kita. Beginikah pemimpin bangsaku..?????? Bangsa lain telah meningkat taraf hidup sebanyak tiga kali ganda dari bangsa sendiri. Kalau ada orang cakap, dia akan berkata, …siapa yang cakap…… tengok saya, pemimpin bangsa kita,, saya kaya, ada banyak wang, jutawan, banyak harta, kereta,…dan lain-lain ayat lagi yang menunjukkan taraf hidup mereka…. Merekalah rujukan kekayaan bangsa. Saya dulu bekerja dengan kerajaan dan banyak menjalankan projek usahasama dengan negara lain seperti Jepun, Itali, British, Australia.


Pada zaman Sultan Mahmud yang dianggap Seorang Sultan yang lemah, suka berpoya2 dengan gundik istana, dimana kebanyakkan tugas2 kerajaannya diserahkan kepada anaknya Sultan Aleidin. Disebabkan itu juga tugas menguruskan negara diuruskan oleh Bendahara. Bendahara menjadi penting dan agak berkuasa, dan disebabkan hal tersebut jugalah, Bendahara telah difitnah dan seluruh keluarga lelakinya dibunuh. Beliau juga akhirnya dibunuh oleh Sultan. Sultan Mahmud akhirnya berkahwin dengan anak Bendahara, Tun Fatimah. Anak Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah yang lahir di Pulau Bintan, Sumatra, akhirnya dilantik menjadi Sultan Johor yang pertama…… Apa yang hendak diceritakan disini adalah, kelemahan pentadbiran Sultan telah mula menyebabkan banyak konflik berlaku.


Situasi negara kita juga nampaknya terdapat sedikit perkaitan dengan kronologi kejatuhan Melaka ini. Pemimpin2 negara juga kebanyakkannya telah kaya raya akibat kemakmuran negara yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu, mereka hidup bermewah2 dengan kekayaannya, mempunyai harta jutaan ringgit, maka penyakit orang yang hidup dalam kemewahan ini seperti tamak, zalim, berpoya2 telah meresap kedalam kebanyakkan pemimpin negara. Kes kezaliman terhadap Bendahara Melaka juga ditunjukkan oleh kes kezaliman terhadap Datuk Sri Anuar Ibrahim yang pada masa tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dimana tugas tersebut hampir sama dengan tugas Bendahara zaman dahulu. Dengan kes lebam mata dan kesemua "kawan dan kroninya" ingin dibunuh oleh seteru politiknya amat bersamaan dengan kes Bendahara. Namun satu yang telah berlaku dizaman Kesultanan Melaka adalah, dengan kezaliman yang telah dilakukan, Tuhan telah mendatangkan Portugis keMelaka dan akhirnya Melaka jatuh ketangan Portugis, dan anak Bendahara, Tun Fatimah yang berkahwin dengan Sultan Mahmud akhirnya dilantik menjadi Sultan Johor Pertama(dahulunya Johor adalah jajahan takluk Melaka). Apa yang nampak hari ini adalah dengan kes kezaliman terhadap Bendahara moden Datuk Sri Anuar Ibrahim, 3 negeri Perak, Kedah, Selangor&WP telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Adakah dengan segala ketidakadilan dan kezaliman dan menekan dan menyusahkan rakyat dengan kenaikan cukai dan harga barangan akan menjerumuskan kepada kekalahan dan terus kepada kejatuhan BN dari memerintah Kerajaan Malaysia.


Kepada para pemimpin, ingatlah Tuhan lebih mengetahui apa yang anda buat, dan Tuhan akan dan telah menyediakan segala balasan terhadap segala apa yang tuan2 buat. …"SESUNGGUHNYA TUHAN MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA APA YANG TUAN-TUAN BUAT". Tuan2 boleh menipu, berdalih kepada rakyat dan kesemua orang kerana semua media seperti TV, suratkhabar, boleh ditulis dengan segala berita dan penipuan, namun Tuhan maha dan lebih mengetahui akan segala apa yang diceritakan. …Cuma barang perlu diberikan peringatan, jangan sampai Tuhan mengirimkan bala tenteranya demi menghancurkan pemerintahan tuan2…


" Ingatlah segala makhluk atas dunia ini adalahmakhluk Tuhan dan boleh menjadi bala tentera Tuhan"


Zaman kelahiran Nabi Muhammad, Tuhan menurunkan burung Ababil dan tentera bergajah. Zamankejatuhan kerajaan Melaka, Tuhan menurunkan Tentea Portugis bagi menjatuhkan Kerajaan Melaka.