Wednesday, September 30, 2009

ANTARA MEMAHAMI SEJARAH DAN KEMAJUAN NEGARA - PART1

Makam Sultan Hussein, Sultan yang menyerahkan Singapura kepada Inggeris, di Masjid Tengkera, Melaka






Sudah menjadi tanggung jawab kerajaan bagi menguruskan kewangan negara juga memakmorkan dan membantu rakyat. Kekadang kita lihat amat tidak rata pembahagiannya. Ynag selalu disebut ialah FDI(Foreign Direct Investment) dari pelabur luar dan amat kurang ditekankan bagi membantu atau menyelesaikan masaalah perniagaan tempatan dari penjaja kecil hingga SME juga yang besar-besar yang mencapai status global.

Kekadang pemimpin kita ni macam terlupa bahawa negara kita ni dah melalui beberapa peringkat kematangan ekonomi. Kita telah melalui fasa pengeluar komoditi(kebanyakkan Era Tun Razak), kemudian Era Pembangunan dan Perindustrian(Era Mahathir), namun dalam era mencapai status negara maju..kekadang kita lupa apakah yang menyebabkan kita bertukar dari fasa-fasa tersebut. Kita sekarang sedang menuju kearah status negara maju....dimana kita juga akan bertukar status ekonomi kita. Kesemua fasa-fasa ekonomi yang negara kita lalui mempunyai sebab yang tersendiri. Industri yang terlibat juga mempunyai sebab yang tersendiri untuk wujud atau diwujudkan.

Memang semasa Era Tun Razak kita baru merdeka dan agak mundur lagi dengan serba kekurangan. Sebenarnya kemajuan Singapura kalau nak dibandingkan adalah pintasan kemajuan Malaysia..kerana asalnya kerajaan Singapura adalah dari kemajuan Malaysia..Universiti Pertama kita juga dibangunkan di Singapura. Kemajuan pelabuhan di Singapura juga adalah dari sumbangan kita

..............dan yang sudah kita lupa pasal sejarah Melayu.....Kerajaan Melaka juga berasal dari Singapura (nama Parameswara dan anaknya Iskandar Shah yang menjadi dan membentuk keSultanan Melaka jga berasal dari Kesultanan Singapura....nama sebenar Parameswara(Sultan Melaka Pertama) adalah Paduka Seri Pekerma Diraja ...disebabkan pelat China mereka memangilnya dengan nama Palisula ..dan Portugis memangil dengan nama Paramisura dan memakai nama Islamnya Sultan Muhammad Shah..dan anaknya bernana Seri Rana Adikerma ..atau Sultan Iskandar Shah,(Sultan Melaka kedua). Orang China masa tu memangil dengan nama Mukansautirsha dan Portugis memanggil dengan nama Xaquendarsa. Ini disahkan dalam catatan Maharaja China...dan juga Portugis...
lihat blog saya....

http://www.melakainpicture.blogspot.com

(Mengenai catatan mengenai Kesultanan Melaka oleh Portugis dan Maharaja China termasuk mengenai Legenda Laksamana Hang Tuah. )


Pasal cerita Hang Tuah ni pun....blog saya juga banyak menerima soalan dari kebanyakkannya penuntut sekolah...anak zaman merdeka yang langsung tidak percaya akan kewujudannya Kesultanan Melayu Melaka..termasuk Hang Tuah. Maklumlah Silibus sekolah zaman sekarang ni langsung tak ajar mengenai Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan lain-lain....asik cerita pasal zaman merdeka sahaja..asik nak beritahu parti politik YANG TU telah membebaskan Malaysia dari penjajah. Kalau pasal Robin Hood mereka percaya pulak. Sebenarnya ......orang Inggeris juga masih lagi belum pasti Robin Hood dari kawasan mana..masih dipertikaikan ..dan kuburnya pun tak berapa pasti. Saya pun dah ke Sherwood Forest dan dapat berjumpa Robin Hood moden....lihat blog saya..







http://melakainpicture...pada blog list NIZCO ALBUM... dialbum Nottingham at a glance

Tuesday, September 15, 2009

ANTARA PHOBIA BINTANG BULAN DAN PHOBIA WARNA HIJAU

Beberapa lama dulu saya terjumpa dan sempat le berborak dengan beberapa kawan politik. Ada orang kuat juga..sampai sorang tu kata..kat belakang aku ni dah di"rubber stamp"..aku orang sianu tu....!!! Dia orang kuat pemimpin politik parti kerajaan persekutuan...satu dari orang kuat parti orang kuat kerajaan juga..tapi kerajaan Selangor...sebab sekarang jadi "konfius" kalau cakap dari parti pembangkang..kat Selangor, Wilayah ni..silap-silap lain maknanya...parti kerajaan persekutuan..kat Selangor, Wilayah..dia pulak jadi pembangkang.

Yang nak di ceritakan ni pasal phobia bintang bulan dan warna hijau. Dah jadi kebiasaan dalam sejarah, bintang bulan ni diambil melambangkan Islam..pasal tu parti PAS diminta tukar dari bintang bulan kepada bulan penuh sahaja. Bukan itu sahaja..warna bulan pun kene tukar kepada putih pulak. Dah le macam tu....tetiba barulah perasan....lambang Petronas pulak ada lambang bulan.....putih lak warna dia....jadi oleh kerana phobia lambang bulan ni ....katanya sama dengan lambang PAS...jadi Petronas kene pulak tukar lambang dia kepada bulan hijau.. Tak boleh pakai bulan putih..takut nanti orang kata Petronas PAS punya...Pulak....!!!! Jadi kalau dah phobia ni......kekadang tak bolih tidur malam lah dikatakan...tak kira le phobia lambang ker, warna ker, apa-apa ker...... teruk jugak le kalau kene penyakit phobia ni...... ni kene tanya doktor jiwa le kot.

Tapi yang nak saya ceritakan ni..tentang phobia yang satu lagi tu..pasal phobia warna hijau.....!!!!
Ada pon diceritakan...... kenapa le banyak surau ke masjid ke..orang ulama ke..tabligh ker ..suka sangat "color" hijau nih...?? Rupa-rupanya terdapat satu ayat dalam Quran yang menyatakan...
" Sesungguhnya warna singahsana Surga adalah hijau". ..pasal tu lah warna hijau dipilih bagi melambangkan warna ugama kita iaitu Islam. Sebab utamanya kita tak tahu pasal ni ialah...pasal kita baca Quran macam nengok cerita Hindustan tanpa "subtitle"..baca jer la..asal dapat pahala, namun kita tak ingin mengetahui maknanya. Inilah akibatnya. Itupun kalau kita nak percaya yang dalam Quran...setengah orang main lalu je..... bukan hendak jadikan Quran pedoman hidup. Pedoman hidup dia bergantung kepada kesesuaian dengan kehendak mereka. Tapi kalau kita kata dia sekular...dia marah pulak.. munafik lagi ler dia marah. Untuk tujuan itu..kenelah baca tafsir Quran..carilah sampai jumpa ayat tersebut. Lebih afdal mencari sendiri...kurang-kurang dapat juga le memahami kandungan Quran sebelum terjumpa ayat tersebut.....!!!!

Jadi..kalau dah Quran mengatakan warna singgahsana Shurga tu berwarna hijau..... kenelah kita pahamkan ayat tersebut. ..jangan sampai lari aqidah....atau ..kalau PHOBIA warna hijau ni...kenelah berhati-hati sedikit.....kalau perlu ubahlah mentaliti tersebut..... saya ingat kita pon dah maklom le kan...apa makna atau maksudnya.

Senang cerita... kalau dah sampai kat depan pintu shurga nanti...terlihat warna hijau singahsana Shurga....dia nak berpatah balik..nak keluar dari shurga...pasal....PHOBIA warna hijau...kes berat ni..... jadi kalau tak bolih lihat warna shurga.... mestialh dia kene masuk pintu yang satu lagi..yang tak ade warna hijau..kata ustaz..kebanyakkan warnanya,.... biasanya merah le kot...warna api neraka.....!!!!

Jadi kalau nak berparti tu pon ..biar le paham sikit tentang bab ugama ni..... jangan le terpesong sampai tak nak ambik tahu hukum hakam atau yang bolih menyebabkan lari akidah ...wassalam....!!!!!!

Wednesday, September 2, 2009

INGATLAH...PEMIMPINLAH YANG MENENTUKAN KEMAKMURAN DAN KEJATUHAN SESUATU KAUM/BANGSA ..!!

Telah banyak yang diberitahu kepada manusia atau sesuatu kaum didunia ini sejak nabi Adam lagi dan tuhan telah menurunkan beberapa pemimpin manusia yang dipanggil Nabi dan Rasul unutk memimpin manusia kejalan yang benar. Untuk panduan juga beberapa kitab juga telah diturunkan ..4 kesemuanya ..Taurat, Injil , Zabur dan Quran. Semuanya untuk memberi petunjuk kepada manusia kejalan yang benar, untuk dijadikan panduan hidup. Banyak cerita dan pengajaran terdapat didalamnya..sejak dari zaman Nabi Adam lagi telah diceritakan. dan bacalah apakah yang terkandung didalamnya. tentang bagaimana sesuatu kaum itu dihancurkan, dipanah petir dan gempa, ditenggelamkan(Nabi Nuh), diterbalikkan bumi(Nabi Luth), dan pelbagai hukuman kepada kaum yang ingkar. Nabi membawaa ajaran yang diturunkan dari Tuhan sebagai wahyu dan mukjizat.

Didalam Quran juga menyatakan bahawa...
"sekiranya Tuhan mahu menguji atau menghancurkan sesuatu kaum/Bangsa itu, Tuhan akan menguji gulungan Bangsawannya."
Terdapat 3-4 ayat yang mengingatkan kepada kita mengenai perkara ini.

Pada zaman dahulu ..golongan bangsawan ini adalah golongan Raja dan pembesar negara/negeri tersebut...namun harus diingat bahawa pada zaman moden sekarang ini golongan Bangsawan tersebut merujuk kepada pemimpin sesuatu kaum/bangsa/negara. Jadi sesiapa yang ingin jadi pemimpin sesuatu bangsa/kaum..haruslah memahami ayat ini dan haruslah mengambil ayat ini sebagai panduan untuk memimpin sesuatu kaum/bangsa/persatuan.

Oleh itu, sekiranya kita digelar pemimpin sesuatu kaum(termasuk parti politik..yang dikatakan memperjuangkan sesuatu bangsa), ingatlah perkara ini...!!!

Kita dengar cerita mengenai kejatuhan Rom, Firaun, Farsi, dalam Quran, itu cerita zaman dahulu/kuno.

Kita dengar cerita kejatuhan Melaka, kerajaan China, arab dan barat akibat pemimpinnya.

Yang terbaru, kejatuhan Iraq yang dijajah dizaman moden akibat Saddam Hussein, Afghanistan, Iran dengan Shah Irannya. Semuanya akibat pemimpinnya.

Yang paling terbaru kuasa besar dunia yang kini nazak, Amerika akibat George Bush Jr. Dengan wang ia naik dan wang juga yang menjatuhkannya..hinggakan Rumah Putih yang menjadi kebanggaan rakyat kulit putih Amerika telah pun menjadi...( The Black man in the White House)...yang kini diduduki oleh bangsa hamba kulit hitam mereka ..Obama.

Dan paling terbaru sekali, Negara Jepun, parti LDP Jepun yang telah memerintah negara itu selama 54 tahun, telah bertukar tangan kepada parti pembangkang., namun pertukarannya sesama mereka tidak begitu merosakkan, cuma bertukar pemimpin sahaja. tapi ceritanya kejatuhan LDP adalah akibat pemimpinnya...!!!

Negara India menjadi semakin baik sekarang, kerana walaupun Manmohan Singh menjadi PMnya, namun duduk dibelakangnya adalah Sonia Ghandhi yang berketurunan Italy. Orang Italy memang pandai membangunkan negara mereka sejak dahulu lagi. Lihatlah negara mereka yang cantik dan indah kerana kebanyakkan pemimpin mereka sangat sayangkan keindahan negara mereka sehingga kehari ini. Kalau tuan-tuan yang tidak berkesempatan melawat Italy..lihat saja Blog kawan saya ini, Angela &T. Freeman. didalam blog ,

http://www.melakainpicture.blogspot.com/

Bolihkah negara kita menjadi secantik dan seindah Italy seperti gambar yang ditunjukkan tersebut. Negara kita kurang dari 10 tahun lagi ingin mencapai tahap negara maju, namun kalau dari segi penjagaan keindahan bangunan dan persekitaran bandar....masih jauh lagi untuk menjadi negara maju. Rasa-rasanya kesemua ahli majlis tempatan dan Dato bandar kita haruslah mula belajar bagaimana keadaan atau membuat perancangan untuk mengindahkan negara kita sehingga ketahap negara maju. Eloklah dibawa melihat rakaman video atau pergi kesana menghantar wakil kesana bagi menilai tahap yang perlu ditingkatkan lagi dari segi kebersihan dan lain-lain.