Wednesday, September 2, 2009

INGATLAH...PEMIMPINLAH YANG MENENTUKAN KEMAKMURAN DAN KEJATUHAN SESUATU KAUM/BANGSA ..!!

Telah banyak yang diberitahu kepada manusia atau sesuatu kaum didunia ini sejak nabi Adam lagi dan tuhan telah menurunkan beberapa pemimpin manusia yang dipanggil Nabi dan Rasul unutk memimpin manusia kejalan yang benar. Untuk panduan juga beberapa kitab juga telah diturunkan ..4 kesemuanya ..Taurat, Injil , Zabur dan Quran. Semuanya untuk memberi petunjuk kepada manusia kejalan yang benar, untuk dijadikan panduan hidup. Banyak cerita dan pengajaran terdapat didalamnya..sejak dari zaman Nabi Adam lagi telah diceritakan. dan bacalah apakah yang terkandung didalamnya. tentang bagaimana sesuatu kaum itu dihancurkan, dipanah petir dan gempa, ditenggelamkan(Nabi Nuh), diterbalikkan bumi(Nabi Luth), dan pelbagai hukuman kepada kaum yang ingkar. Nabi membawaa ajaran yang diturunkan dari Tuhan sebagai wahyu dan mukjizat.

Didalam Quran juga menyatakan bahawa...
"sekiranya Tuhan mahu menguji atau menghancurkan sesuatu kaum/Bangsa itu, Tuhan akan menguji gulungan Bangsawannya."
Terdapat 3-4 ayat yang mengingatkan kepada kita mengenai perkara ini.

Pada zaman dahulu ..golongan bangsawan ini adalah golongan Raja dan pembesar negara/negeri tersebut...namun harus diingat bahawa pada zaman moden sekarang ini golongan Bangsawan tersebut merujuk kepada pemimpin sesuatu kaum/bangsa/negara. Jadi sesiapa yang ingin jadi pemimpin sesuatu bangsa/kaum..haruslah memahami ayat ini dan haruslah mengambil ayat ini sebagai panduan untuk memimpin sesuatu kaum/bangsa/persatuan.

Oleh itu, sekiranya kita digelar pemimpin sesuatu kaum(termasuk parti politik..yang dikatakan memperjuangkan sesuatu bangsa), ingatlah perkara ini...!!!

Kita dengar cerita mengenai kejatuhan Rom, Firaun, Farsi, dalam Quran, itu cerita zaman dahulu/kuno.

Kita dengar cerita kejatuhan Melaka, kerajaan China, arab dan barat akibat pemimpinnya.

Yang terbaru, kejatuhan Iraq yang dijajah dizaman moden akibat Saddam Hussein, Afghanistan, Iran dengan Shah Irannya. Semuanya akibat pemimpinnya.

Yang paling terbaru kuasa besar dunia yang kini nazak, Amerika akibat George Bush Jr. Dengan wang ia naik dan wang juga yang menjatuhkannya..hinggakan Rumah Putih yang menjadi kebanggaan rakyat kulit putih Amerika telah pun menjadi...( The Black man in the White House)...yang kini diduduki oleh bangsa hamba kulit hitam mereka ..Obama.

Dan paling terbaru sekali, Negara Jepun, parti LDP Jepun yang telah memerintah negara itu selama 54 tahun, telah bertukar tangan kepada parti pembangkang., namun pertukarannya sesama mereka tidak begitu merosakkan, cuma bertukar pemimpin sahaja. tapi ceritanya kejatuhan LDP adalah akibat pemimpinnya...!!!

Negara India menjadi semakin baik sekarang, kerana walaupun Manmohan Singh menjadi PMnya, namun duduk dibelakangnya adalah Sonia Ghandhi yang berketurunan Italy. Orang Italy memang pandai membangunkan negara mereka sejak dahulu lagi. Lihatlah negara mereka yang cantik dan indah kerana kebanyakkan pemimpin mereka sangat sayangkan keindahan negara mereka sehingga kehari ini. Kalau tuan-tuan yang tidak berkesempatan melawat Italy..lihat saja Blog kawan saya ini, Angela &T. Freeman. didalam blog ,

http://www.melakainpicture.blogspot.com/

Bolihkah negara kita menjadi secantik dan seindah Italy seperti gambar yang ditunjukkan tersebut. Negara kita kurang dari 10 tahun lagi ingin mencapai tahap negara maju, namun kalau dari segi penjagaan keindahan bangunan dan persekitaran bandar....masih jauh lagi untuk menjadi negara maju. Rasa-rasanya kesemua ahli majlis tempatan dan Dato bandar kita haruslah mula belajar bagaimana keadaan atau membuat perancangan untuk mengindahkan negara kita sehingga ketahap negara maju. Eloklah dibawa melihat rakaman video atau pergi kesana menghantar wakil kesana bagi menilai tahap yang perlu ditingkatkan lagi dari segi kebersihan dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment