Thursday, July 23, 2009

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN KITA??? DIMANA BANGSAKU.???

Dunia sekarang sedang mengalami krisis ekonomi akibat keangkuhan Amerika dan balatenteranya yang merosakkan dunia..terutama dunia dan negara Islam....Iraq, Palestin, Afghanistan...!!

Negara kita pula ashik bertukar pemimpin...dari no satu..hingga menteri kabinet, menteri besar, ahli-ahli politik.....dan beberapa telah berganti kepada kerajaan Pakatan Rakyat(sekarang tak bolih lagipanggil pembangkang..kerana kat Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Kelantan ditadbir olih Pakatan Rakyat).
Bak kata pepatah...Sekali air Bah...sekali pasir berubah......!!!
Polisi PM baru, Menteri Baru, Ketua Menteri Baru, menteri2 baru...semua yg berkuasa baru..semua nak tunjuk dia tak sama dengan yang terdahulu...mesti ubah......kenapa tidak ada polisi yang tetap untuk negara ke....untuk kementerian ke... untuk negeri ke....untuk kawasan ke...kenapa mesti berubah....?????..... masing2 nak tunjuk terer ker...atau lain dari yang terdahulu..takut orang cakap takde perubahan....
Kalau macam ini le...sampai bila negara nak maju...masing2 bukan merancang untuk negara, bangsa..masing2 nak tunjuk terer jer....???
Agak nye lah...ini disebabkan kebanyakkan orang politik Malaysia ni..semua dah kaya raya .... dah tak nak paham bahawa 80 peratus penduduk Malaysia adalah penduduk luar bandar...yang kejenye dalam pertanian..kelapa sawit, getah, padi....... yang pendapatan tak seberapa....takde langsung dalam pelan perancangan negara atau kementerian nak menaik taraf sektor pertanian.......yang paling difikirkan..macamana nak bagi indeks BSKL kekal paras 1,000 mata lebih..buat le yang sepatutnya....."pam le duit berbilion kat sana agar bolih tunjuk kat dunia ekonomi Malaysia masih bolih bertahan...... Bagi insentif kepada pelabur luar agar FDI terus datang...walaupun yang akan bekerja kat kilang diorang nanti adalah rakyat Bangla, Indonesia, Vietnam, Myanmar......
Langsung tak perasan bahawa rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan bantuan untuk berniaga ..nak makan hari2 pun tak cukup.. minyak naik, teksi naik., barang hari2 naik, tambang bas sekolah naik.... tak ada usaha nak meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan yang berterusan diminta menyokong parti2 berkenaan..... sehingga kehari ini..... Polisi Pak Lah yang nak membangunkan industri pertanian dan penduduk luar bandar ...entah kemana...!!!!!!!!! MECD pun dah tutup kedai.
Segregasi jurang pendapatan antara penduduk luar bandar....juga antara Melayu dan lain-lain bangsa semakin meluas dan jauh......kerana kebanyakkan orang Melayu bekerja dengan kerajaan..atau pertanian diluarbandar..... maklomlah nak tukar perniagaan bukan senang....
Orang Cina dengan perniagaan dan perkilangan yang sudah tentu meningkat mendadak sejak 20 tahun lalu.....sekarang ..... " ALL NEW TOWN IS CHINA TOWN...", tak ade orang Melayu yang mampu beli kedai atau rumah kedai...ade le sekerat dua..... nak tunjuk rekod syarikat kat bank pun... bank ...latarbelakang pertanian ..bank pon tak nak bagi..... wujudkan UDA konon nak tambah ekuiti Melayu untuk aset perniagaan ....habis dibelasah oleh lanun-lanun........
Perkapita penduduk Melayu yang dalam kerajaan dan luarbandar pun jauh bezanya....lebih jauh kalau nak dibandingkan dengan di Thailand, Korea, Jepun...Sebenarnya..kalau kita lihat di negara barat, terutamanya negara Mediterranean..bukannye pertanian tak bolih maju....kat sana masih lagi 60-80 % kawasan adalah dengan projek pertanian dengan landskapnya juga amat menarik. SEKTOR TERSEBUT DIBERIKAN KEPENTINGAN DALAM PERUNTUKAN DAN PELAN PERANCANGAN EKONOMI..bertujuan untuk menaik taraf dan pendapatan ekonomi dalam sektor pertanian..... sama pentingnya dengan sektor lain.
Kalau asik nak nengok indeks BSKL, FDI...kalau FDI untuk bagi puak Indon, Bangla, Vietnam, Myanmar bekerja kat sini..bawa balik duit berbilion kat negara masing2...tak payah la panggil FDI datang kat sini .....!!!! panggillah FDI yang bolih membantu orang kita...penduduk Malaysia yang hari2 nak makan... sekarang susah payah dengan keadaan ekonomi sekarang ni...... tak nampak ker...buta ker.....????
Saya rasa tak ada negara dalam dunia yang ada "ALONG" macam Malaysia ni...... dahlah bank payah nak bagi pinjaman..Along pula ..katanya disokong oleh beberapa individu politik.....sebab tu Pinjaman Along ni diletak dibawah Majlis Tempatan...senang orang politik nak dapat sponsor dari tokey along ni??? patutnye letak le dibawah BANK NEGARA...sebab ianya berkaitan dengan kewangan..pinjam, meminjam..... mane le dulu2 ade pinjaman dengan kadar 20 hingga 30 peratus sebulan...... patutnye..kalau buat juga..ada bukti.....senang je..guna le ISA..!!!! .masa ni le nak guna ISA..kerana merosakkan masyarakat dan negara.......... kenapa masih nak mempertahankan ALONG...
Susah sangat ker nak tangkap Along ni...amik je no telepon diorang yang bertaboran kat jalan, tiang tetefon, pokok. tembok, ..panggil satu-sau..kalau ada bukti..masuk je dalam penjara. 2 -3 bulan!!!!....kalau tak kat Sg Buloh, Kemunting pon takpe..... kalau dia buat lagi...... penjarakan 2-3 tahun..baru le diorang nak sedar.....!!!

1 comment:

  1. Salam Ramadhan. Bicara tentang bangsa Melayu ni memang tak habis. Cuma kita kembali kepada asas, back to basic. Kalau pemimpin Melayu dlm UMNO dilihat sudah jauh menyimpang, harus ada pihak yang berani menegur. Jika diteruskan juga, ia akan semakin parah. Anehnya, ada kawan-kawan yang dulunya baik tetapi bila pegang jawatan semakin cair dengan budaya sebegitu - makin sombong, ikut perangai pemimpin lama dan sibuk kumpul harta. Perjuangan entah ke mana. Kita fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete