Sunday, October 25, 2009

Kad kredit: Cukai khidmat RM50 setahun- kerajaan akan pungut RM 700 juta setahun..?? dan akan membebankan rakyat

24/10/2009

Kad kredit: Cukai khidmat RM50 setahun

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit dan kad caj, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah ini juga termasuk kad yang diberi percuma.

“Cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun juga dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan,”

katanya.

Najib berkata, cukai perkhidmatan akan dipungut pada tarikh kad dikeluarkan, pada setiap genap setahun kad dikeluarkan atau diperbaharui.

Cadangan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan


Bukan semua orang salahguna kad kredit, kalau ada satu kad untuk kemudahan harian, tak perlulah dikenakan "cas", patutnya kenakan kepada orang yang guan lebih dari satu kad kredit banyak kad kredit sahaja. Kalau separuh dari rakyat Malaysia guna kad kredit, 13 juta orang, kerajaan akan kutip RM700 juta duit rakyat kita.


No comments:

Post a Comment